Puan Asiah, Pengerusi PKG Chenor telah memulakan ucapan aluan beliau dan berharap aktiviti ini diteruskan dari masa ke semasa. Jadikan ia sebagai rutin dan diedarkan untuk tatapan semua.
Beliau juga menegaskan bahawa amalan ini sangat baik dan jika ia dijadikan aktiviti yang berterusan, ia dapat menarik minat ramai pembaca dikalangan guru dan murid.
Barisan peserta bergambar kenangan bersama pengerusi PKG Chenor dan Encik Nordin, Pegawai PPD Maran. Kesungguhan ini dapat diterjemahkan kepada semua.
Peserta yang terdiri daripada GPM begitu tekun menjalani latihan.
Encik Mazlan, Penceramah bersemangat meunjukkan beberapa contoh untuk direalisasikan kepada peserta. Rata-rata peserta bersemangat dan tidak sabar menerbitkan buletin.
Bimbingan dilakukan agar kefahaman dapat ditingkatkan.
0 Comments