MAT POZI MENGETUAI SENARAI PENERIMA APC2017

Tahniah diucapkan kepada Mat Pozi, Timbalan PPD Maran yang mendahului senarai penerima APC2017 yang berlangsung meriah pada hari ini.


TAHNIAH diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 (APC) yang menerima sijil penghargaan pada hari ini. Mat Pozi Bin Kidam, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Maran mengetuai SENARAI penerima anugerah APC2017. Semoga terus cemerlang demi pendidikan anak bangsa dan Malaysia di pentas yang lebih besar dan gemilang.

Semoga hari ini. 18 April 2018 menjadi titik tolak kepada kecemerlangan seperti yang diwar-warkan oleh  Ybhg. Dr. Hj. Tajuddin, Timbalan Pengarah JPN Pahang dalam ucapan perasmian tadi. Apa juga kerja buat kita seharusnya menjurus  kepada kecemerlangan yang akhirnya menguntungkan diri sendiri, organisasi dan seluruh warga pendidik. Kepada yang belum dianugerahkan dengan penghargaan ini, bekerjalah dengan jujur dan ikhlas. Semoga kejujuran kita akan dibalas dengan kebaikan dan seterusnya menjadikan ia amalan dalam setiap perbuatan kerja buat kita. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua penerima APC2017 yang menerima sijil penghargaan pada hari ini. Tahniah dan teruslah amalan kecemerlangan ini.
Kemeriah dan rasa syukur dikalangan penerima APC2017 telah diterjemahkan dengan ikrar akan meneruskan kecemerlangan ini menjadi lebih lebar dan berkuali
di masa-masa akan datang.
Sporting.. itulah yang boleh diberi jolokan kepada YBrs. Dr. Hj. Tajuddin (Paling Kiri) semasa menjayakan majlis ini dan idea tagline beliau boleh dijadikan motivasi terbaik.


Berita dan foto-foto majlis APC2017 boleh dimuat-turun di bawah. Hak milik BULETIN DIGITAL@PKG CHENOR 2018.

APC 2017 Peringkat PPD Maran 2018 [pendaftaran]

APC 2017 Peringkat PPD Maran 2018 [Anugerah]

APC 2017 Peringkat PPD Maran 2018 [pembukaan dan penutupan]

Post a Comment

0 Comments