Dr. Haji Tajuddin - Kepantasan teknologi masakini perlu dimanfaatkan oleh semua pekerja jika mahu menjadi cemerlang kerana teknologi masakini boleh membantu menjadi cemerlang dengan lebih baik. |
PPD MARAN - 18 APRIL - Dengan tagline “#Jangan terlalu stress dan jaga gaya hidup sihat”, Dr. Haji Tajuddin bin Mohd Yunus,
Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang selaku perasmi majlis hari ini
berceloteh sambil memberi nasihat-nasihat berguna buat semua. Beliau seorang
yang mudah mesra dan sangat mementingkan hubungan antara pegawai dan staf,
telah berjaya membawa transformasi dalam pendidikan di negeri Pahang. Walaupun
beliau baharu menjawat jawatan Timbalan Pengarah di JPN Pahang, namun kehadiran
beliau telah berjaya membawa transformasi yang diharapkan. Semoga acuan yang
beliau bawa dapat memacu pendidikan negeri Pahang ke arah yang lebih berdaya
saing, kental dan berwibawa. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana berjaya
mewujudkan suasana pendidikan yang lebih baik, selesa dan dihargai.
“Sebagai pekerja yang menerima anugerah ini, saya
menghargainya dan berharap hasilnya nanti adalah baik dan sentiasa memberi
sumbangan yang diharapkan dalam membangunkan pendidikan negara ini.” ujar Dr.
Tajuddin dalam nada tegas dan menyakinkan kepada para penerima APC 2017. Beliau juga menyeru agar dapat menghasilkan
kerja-kerja yang terbaik, kemas dan dihargai.
Bagi beliau kerja yang kemas akan menyakinkan semua pihak terutamanya
pihak pengurusan terhadap kualiti kerja yang diimpikan. Semoga pekerja yang
menerima APC 2017 pada kali ini akan terus cemerlang.
Bukan itu sahaja, beliau berharap para penerima APC kali ini mengajak rakan-rakan yang lain
menjadi cemerlang dalam setiap kerja buat.
Kepantasan bertindak sangat diperlukan dalam sebuah organisasi dan bagi
beliau kerja bertangguh sangat tidak sesuai diamalkan kerana ia menggagalkan
usaha untuk menjadi cemerlang. Persekitaran sudah berubah dan kepantasan
teknologi perlu dimanfaat dalam menjadi cemerlang. Transformasi teknologi
seperti penggunaan aplikasi media sosial seperti whatsapp, telegram dan sebagai
akan memudahkan pelbagai maklumat disampaikan dengan cepat dan tepat. “ Kita
tidak harus ketinggalan dengan perkembangan
ini kerana anak-anak kecil boleh menerima kehadiran ledakan teknologi
ini dan kita harus mengambil kesempatan ini untuk terus cemerlang.” tegas Dr.
Hj Tajuddin sambil memandang para penerima dengan penuh yakin.
Akhir ucapan beliau, menegaskan bahawa kepantasan teknologi membolehkan maklumat
disampaikan dengan cepat dan sentiasa berubah. Para pekerja yang dihargai perlu
sentiasa menunjukan prestasi pada tahap yang terbaik. Semoga majlis APC 2017
yang diadakan ini dapat menghargai semua pekerja yang layak serta menjadi
motivasi kepada kecemerlangan bersama.
0 Comments