Tuan Haji Ahmad Nahran sedang memberi ucapan dalam majlis APC 2017 yang berlangsung meriah di Dewan Seminar PPD Maran. |
MARAN | 18 APRIL – DALAM
ucapan ringkas sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 (APC), Tuan Haji Ahmad Nahran bin Haji Ishak, Ketua Pegawai
Pendidikan Daerah Maran (KPPD) telah menegaskan bahawa kecemerlangan perlu
diteruskan pada bila-bila masa. Ia tidak harus terhenti di sini sahaja dan
sentiasa dilakukan pada bila-bila.
Beliau berharap dengan anugerah yang diterima ini, dapat membangunkan
lagi kecemerlangan potensi murid terutamanya dalam konsep kemenjadian murid.
Guru dan staf yang menerima anugerah pada kali ini perlu bekerja dengan lebih
baik dan sentiasa memperbaiki potensi diri tidak kira di mana sahaja mereka
ditempatkan dan bekerja.
Ahmad Nahran juga berharap budaya kerja yang cemerlang ini
menjadi pendorong lebih baik kepada budaya kerja yang cemerlang. Begitu juga
berkaitan sumbangan dalam pendidikan. Guru-guru khasnya diseru agar sentiasa memberi
sumbangan yang terbaik dalam melahirkan modal insan yang berkualiti. Beliau
juga telah melahirkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada team KEPTAN,
iaitu Persatuan Pembantu Tadbir Daerah Maran yang berjaya mengendalikan siri
anugerah pada kali ini dan berharap ia akan diteruskan pada masa-masa akan
datang. Kejayaan ini banyak membantu PPD Maran dalam merialisasikan program
besar seperti ini. Sekalung tahniah
dirakamkan buat Encik Suhaimi, Presiden KEPTAN yang berusaha menjayakan
perjalanan majlis ini.
Selaku penganjur majlis ini, Ahmad Nahran sekali lagi
menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ybhg. Dr. Haji Tajuddin, Timbalan
Pengarah Pendidikan Negeri Pahang yang sudi hadir ke majlis ini. Beliau juga
memuji Dr. Haji Tajuddin kerana berjaya
membawa tranformasi yang sangat baik di Jabatan Pendidikan Negeri setelah
menerajuinya walaupun sebagai Pemangku Pengarah. Semoga apa yang diusahakan
oleh Timbalan Pengarah ini membuahkan hasil yang baik dan sentiasa diingati.
0 Comments