BENGKEL PENGURUSAN AKTIVITI JKPA DAERAH MARAN DI PPD MARAN | 25 FEBRUARI 2015 | RABU

Tuan Haji Mohamed Kamal bin Hashim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang, telah diiringi oleh Encik Nordin, Wakil PPD Maran. Turut bersama ialah Encik Asral, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bandar Jengka.

Encik Nordin menyampaikan amanat yang mewakili PPD Maran. Komitmen ini menandakan satu persahabatan untuk semua bagi menjayakan agenda pendidikan.

Tuan Haji Mohamed Kamal bin Hashim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang telah membentangkan mengenai peranan PKG yang memerlukan kerjasama daripada semua pihak.
Penyampaian tanda ingatan dibuat oleh Ketua PKG Daerah, Encik Asral kepada Encik Nordin yang diperhatikan oleh Tuan Haji Mohamed Kamal bin Hashim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan.
Tuan Haji Mohamed Kamal bin Hashim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan menerima tanda ingatan berupa buahan daripada Encik Asral.
Pembentangan mengenai Pusat Sumber sekolah oleh Tuan Haji Jonaidi. Beliau banyak memberi penekanan kepada penggunaan sistem Tarantula, iaitu i-nilam dan i-qpss.
Encik Rashan pula membentangkan tentang Pembestarian Sekolah seperti 1bestarianet, penggunaan talian internet YES, penyelenggaraan ICT sekolah dan sebagainya.
Encik Badrul mewakili ketua Unitnya untuk membentang tentang penggunaan MBMMBI yang memerlukan kerjasama dan pemantauan rapi daripada sekolah. Ini adalah projek MBMMBI menelan belanja yang besar dan jika dibiarkan atau diabaikan sudah tentu hasilnya adalah sedikit.
Guru Besar / Pengetua sekolah tekun mendengar pembentang kerana terdapat pelbagai informasi yang berguna untuk dibawa ke sekolah.
Encik Helmy pemerhati perjalanan program dengan tekun mengikutinya. Beliau seorang yang dedikasi.
Sebahagian peserta yang turut sama menjayakan bengkel ini. Semoga ia menjadi suatu tradisi untuk diteruskan dengan wadah yang baharu setiap tahun.
Encik Nordin, wakil PDD Maran menyampaikan tanda ingatan kepada pembentang yang terdiri daripada Tuan Haji Jonaidi, Encik Rasdan dan Encik Badrul. Semoga penerangan yang telah diberikan itu berjaya mengalir kebawah dan tindakan yang diambil kelak dapat menjayakan agenda pendidikan seterusnya.



Encik Nordin mengambil kesempatan ini untuk menerangkan tentang yuran PERPUSPA yang perlu dibayar oleh pelajar/murid yang telah diputuskan daripada 10 sen kepada 20 sen setia orang murid.

Post a Comment

0 Comments