SK BUKIT SEGUMPAL, JUARA NASYID PERINGKAT ZON CHENOR 2018

Peserta sedang asyik menyiapkan tugasan dalam pertandingan Penulisan Jawi.

BUKIT SEGUMPAL – 18 APRIL 2018 | Segala persiapan untuk mengadakan Program Kelompok Chenor bagi acara Nasyid dan Tulisan Jawi berbaloi apabila semua acara yang diadakan berjalan dengan baik dan lancar. Tahniah dirakamkan oleh semua sekolah  yang mengambil bahagian dan menjayakan program yang diaturkan. Semoga ia menjadi satu permulaan yang baik dalam merialisasikan pendidikan yang berkualiti, cemerlang dan melahirkan modal insan yang diharapkan.

Dalam acara Nasyid, SK Bukit Segumpal dapat meletakan pasukannya sebagai  yang terbaik dengan mengungguli tempat pertama. Manakala Pasukan Nasyid  dari SK Bukit Bota di tempat kedua serta diikuti SK Jengka Batu 13 di tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada pemenang dan kepada yang belum berjaya diharapkan mencuba lagi dimasa-masa akan datang.

Acara diteruskan dengan pertandingan Penulisan Jawi. Bagi kategori Murid Lelaki diterajui oleh murid dari SK(LKTP) Jengka 18,(Pertama) SK Bukit Lada (Kedua) dan SK(RKTP) Kg Awah (Ketiga). Manakala kategori Murid Perempuan pula tempat pertama disandang oleh SK Pesagi, SK Bukit Lada (Kedua) dan  SK(LKTP) Jengka 18 (Ketiga). Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga kecemerlangan ini dapat membawa tuah  kepada semua terutamanya mewakili Zon ke peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Apa jua acara yang disertai sebenarnya bukan kemenangan sahaja yang diharapkan, malah apa yang penting di sini ialah untuk membuktikan persahabat, ukwah antara peserta, guru dan sekolah-sekolah serta kemeriah sebagai satu komitmen menjayakan acara. Semoga apa yang ditunjukan in dapat dikekalkan dari masa ke semasa dan menjadikan ia suatu yang kental dalam aktiviti pendidikan.

Tahniah diucapkan kepada Seluruh warga pendidikan, khasnya dari SK Bukit Segumpal yang berjaya menjadi tuan rumah dalam acara seperti ini. Semoga Nor Hasimah binti Othman, Guru Besar dan tuan rumah penganjuran acara tersebut  terus cemerlang  dan berjaya membawa Zon ini ke pentas lebih besar.

SK Bukit Segumpal, Juara Nasyid Peringkat Zon Chenor 2018
akan mewakili Zon ke peringkat daerah tidak lama lagi.


Post a Comment

0 Comments