CHENOR - Keputusan JKPA yang lalu telah meminta PKG sebagai pengurus beberapa bengkel peringkat Zon. Ia bertujuan untuk membantu sekolah-sekolah ahli menangani secara bersama keperlua latihan yang diperlukan. Bengkel pada hari ini, 6 Mac 2017 | Isnin | bertempat di Bilik Seminar Seri Tanjung, PKG Chenor bersama SK Chenor bagi melaksanakan permintaan Kelompok. Ia bermula Jam 2 hingga 5 petang telah dibimbing secara berkesan oleh Encik Mazlan Che Kob, PTP1 PKG Chenor. Rata-rata guru yang hadir dapat mengakses Frog VLE dengan baik. Semoga dengan adanya bengkel seperti ini dapat membantu pihak sekolah menjayakan ageda pendidikan melalui penggunaan Frog VLE.
Penerokaan FrogAcademy dan FrogOS telah mewujudkan kefahaman tentang Frog VLE untuk menyokong pendidikan abad ke 21. Rata-rata guru yang hadir mengikuti program ini berjaya mengakses dan menerokai Frog VLE walaupun sebelum ini mereka baru pertama kali mengenali Frog VLE ( Guru baharu bertugas).
0 Comments