MENINGKATKAN KEMAHIRAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN VLE | SK SEKARA

 PKG Chenor | Isnin | 29 Januari 2018 - PKG sentiasa membantu guru-guru meningkatkan penggunaan dan kefahaman berkaitan penggunaan VLE dalam pengajaran dan pembelajaran. Tampak guru-guru yang diberi latihan begitu memahami dan bersedia memperluaskan kepada guru dan murid.
 Diharapkan latihan seperti ini akan memberi impak kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran kepada murid. Guru-guru yang terlatih akan memberi kesan yang baik kepada murid. Semoga dengan cara ini ia dapat membantu meningkatkan KPI penggunaan VLE dikalangan murid.
Tahniah dirakamkan kepada semua yang menjayakan bengkel ringkas ini. Walaupun ia ringkas, tetapi ia berjaya membawa guru-guru kepada platform penggunaan VLE secara berkesan.

Post a Comment

0 Comments