Seluruh Warga sekolah ini mengambil bahagian dalam program JOM MEMBACA 10 MINTI. |
SK(LKTP) JENGKA 19 | SELASA, 24 April 2018. Sempena Jom Baca bersama 10 minit di seluruh negara, seluruh warga SK Jengka 19 turut bersama-sama menyertai program tersebut. Program ini adalah untuk menyemai minat membaca dalam kalangan warga sekolah tidak mengira di mana mereka berada. Antara aktiviti yang diadakan semasa Jom Baca Bersama 10 minit ini ialah bacaan senyap selama 10 minit, resensi buku oleh guru dan murid, bercerita dalam Bahasa Inggeris dan Kuiz. Semoga dengan adanya program ini dapat memberi manfaat kepada semua warga SK Jengka 19
0 Comments