PROGRAM BERCERITA ANJURAN JKKN | USAHA MENARIK MINAT MEMBACA DIKALANGAN MASYARAKAT

Program seperti ini perlu disokong dan menjadikan ia suatu amalan yang baik terutamanya membantu meningkatkan nilai kebudayaan dalam pendidikan.

SK SEKARA | 26 APRIL 2018 | KHAMIS - Program bercerita bersama  Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN). Program bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi pada hari ini  merupakan satu usaha yang dilakukan oleh JKKN untuk memperkenalkan kembali cerita-cerita lama kepada generasi masa ini yang lebih meminati gajet. Aktiviti bercerita dijayakan oleh individu yang mengelarkan dirinya Nenek Kuntum. Ia satu usaha menarik dan perlu disambut baik. Program seperti ini boleh diketengahkan dan diadaptasi kepada media semasa seperti penggunaan penggunaan aplikasi Whatsaap, Telegram, Blog, Facebook dan sebagainya. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Zuriah bt Muhammad, Penolong Pengarah Kanan JKKN. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

Post a Comment

0 Comments