Pengawa Pusat Sumber SK(LKTP) Jengka 18 sedang berbaris bagi menerima watikah perlantikan. Semoga mereka dapat bertugas dengan lebih cemerlang dan dedikasi. |
15 Januari 2018 | Pusat Sumber SK Jengka 18 telah mengadakan majlis Pelancaran NILAM dan perlantikan Pengawas Pusat Sumber bagi tahun 2018. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Encik Rohan bin Mohamad, GPK HEM SK Jengka 18. Majlis itu juga telah dihadiri oleh semua guru dan murid dengan diiringi dengan persembahan oleh Pengawas Pusat Sumber.
Dengan sempurnanya perlancaran tersebut, maka rasmi sudah Program NILAM di SK Jengka 18. Justeru, murid-murid digalakkan mencari maklumat sebanyak mungkin di pusat sumber sekolah seiring dengan moto, "Murid berilmu teras generasi cemerlang".
0 Comments