HARI KEDUA KEJOHANAN CATUR MSSP 2018





3 JULAI 2018 - Melibatkan 360 orang peserta telah bermula sepenuhnya hari ini tepat jam 9.00 pagi. 6 kategori dipertandingan iaitu bawah 12 Tahun (L & P), bawah 15 Tahun (L & P) dan bawah 18 Tahun (L & P).

Turut hadir sebelah pagi adalah Timbalan Pegawai PPD Maran, Tn Hj Mat Pozi Bin Kidam bagi melihat perjalanan kejohanan.

Tn Haji Mat Pozi melihat perjalanan dan persiapan awal pagi.


Kejohanan dimulakan dengan sesi taklimat kepada semua peserta dan arbiter yang disampaikan oleh En Muhamad Bin Deraman selaku Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan (Catur) MSSP Pahang dan En Saiful Bahari Bin Abdul Rani Ketua Arbiter.


Taklimat Kejohanan oleh En Muhamad Bin Deraman.

Taklimat Undang-undang dan Peraturan serta Arbiter oleh En Saiful Bahari Bin Abdul Rani, Ketua Arbiter Kejohanan Catur MSSP 2018.


Hadir di sebelah petang adalah En Burhanuddin Bin Hj Hashim, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan PPD Maran bagi melihat perjalanan kejohanan.


En Burhanuddin melihat perjalanan live video dan keputusan terkini kejohanan.
En Burhanuddin bergambar bersama En Akmal Syah Bin Mohamed, Penyelia Sukan Daerah PPD Maran dan Pengerusi Teknik Negeri.



Lensa-lensa Kejohanan 















Post a Comment

0 Comments