MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR SK BUKIT BOTA, PENGERUSI PKG CHENOR | 30 MAC 2017 | SK BUKIT BOTA | CHENOR



Asiah binti Mustafa dilahirkan di sebuah kampung nun jauh di Kelantan sana pada tanggal 11 November 1961. Kampung indah lagi permai itu diberi nama Kampung Jakar, Temangan Kelantan. Beliau mempunyai prinsip yang jelas, iaitu HIDUP BIAR BERJAYA telah membawa beliau berkecimpung dalam arena pendidikan. Biru adalah warna kegemaran dan sentiasa tersenyum. Berkahwin dengan seorang jejaka tampan bernama Ismail bin Bakar pada tanggal 2 Mei 1984. Hasil perkahwinan bahagia ini telah dikurnakan dengan 5 orang cahaya mata. 

Mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah yang terletak di Jenereh, Kelantan, iaitu SK Jenereh, Temangan telah menjadikan beliau seorang yang berdikari. Sepanjang mengharungi hidup ini, belaiu sentiasa tersenyum dan sering berkata bahawa kehidupan ini harus ditinggalkan jasa yang besar. Lalu bagi merialisasikan impian itu, beliau meneruskan pengajian di SMK, Kg. Pek, Machang dari tingkatan 1 hingga 3. Manakala dari tingkatan 4 hingga 5, beliau meneruskan lagi langkah di arena ilmu di sebuah sekolah terkenal, iaitu SMK Hamzah, Machang, Kelantan. Berkat kesungguhan dan usaha, beliau meneruskan pengajian hingga ke tingkatan 6 di SMK Ismail Petra, Kota Bharu. Semua ini hasil daripada iltizam yang tinggi dan kesungguhan merubah masa depan.

Dalam liku-liku kehidupan, akhirnya beliau diterima menjadi seorang guru dengan pendidikan tertinggi beliau ialah Diploma Sains dengan Pendidikan dari sebuah Universiti tempatan, iaitu UPM. Lantas mendapat pula Ijazah pendidikan dari UPSI. Lantaran itu beliau ditugaskan di SMK Beserah. Legasi kependidikan beliau diteruskan apabila ditugaskan lagi ke beberapa buah sekolah yang lain di atas keperluan dan kehendak pendidikan. Pernah bertugas di SMK Paya Besar, Kuantan, SMK Dong, Raub, SK (LKTP) Tersang 1, Raub, SK Batu Talam, SK (LKTP) Tersang 3 dan SK (LKTP) Jengka 4, Maran. Pelbagai jawatan yang beliau sandang, iaitu dari guru biasa hinggalah sebagai seorang pentadbir yang berjaya, iaitu sebagai Guru Besar.

Khidmat bakti beliau diperlukan dan legasinya sebagai penjawat awam dan pendidik di tuntut di mana-mana jua. Seterusnya beliau ditugaskan di sebuah sekolah di kawasan Jengka, iaitu SK (LKTP) Jengka 18 sebelum memilih untuk bersara pilihan di SK Bukit Bota, Chenor, Maran. Sungguhpun kehidupan seorang guru itu melalui perjalanan yang agak panjang, namun ia sentiasa diakhiri dengan perkhidmatan yang sangat cemerlang.  Semoga jasa bakti beliau selama ini yang bertebaran di muka bumi ini, ia akan menjadi azimat kepada jasa bakti yang tidak boleh diukur banding dengan wang, masa dan pengorbanan. Sesungguhnya profesyen ini sangat mulia, dan semoga Allah jua yang memberi balasan di dunia dan akhirat lebih-lebih lagi. Selamat bersara dan terima kasih  cikgu.















Post a Comment

0 Comments