MAJLIS perasmian ini telah dilakukan oleh Tuan Haji Jonaidi bin Osman, Penolong Pengarah, Unit Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang. Beliau mewakili Tuan Haji Mohamed Kamal bin Hashim, Ketua Penolong Pengarah, BTPN Pahang. Majlis berjalan dengan lancar, baik dan meriah. Turut hadir sama ialah Encik Nordin, Pengawai Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Maran. Semoga acara seperti ini dapat memangkinkan aktiviti sekolah-sekolah kelompok dan juga merealisasikan masyarakat membaca sepanjang masa. Tahniah diucapkan kepada Encik Sadri, Pengetua SMK(LKTP) Jengka 18 yang memberi komitmen terbaik dalam acara ini. Begitu juga dirakamkan ucapan syabas dan terus cemerlang buat Puan Faridah binti Seman, Guru Perpustakaan dan Media (GPM) di atas kejayaan ini. Semoga terus cemerlang.
Program ini juga dijalankan secara usahasama perpustakaan awam chenor dan perpustakaan awam Temerloh. Terima kasih kepada yang terlibat menjayakan acara ini.
0 Comments