MESYUARAT GURU PENYELARAS BESTARI/ICT BIL.1/2017 PKG CHENOR

PKG CHENOR | 21 JUN 2017 | RABU - Mesyuarat ini telah membincangkan banyak perkara berkaitan ICT dan penggunaan VLE peringkat PKG Chenor.  Semoga ia menjadi landasan terbaik untuk memajukan penglibatan semua guru dalam menjayakan agenda pendidikan berdasarkan ICT. Cabaran ini tidak dapat dilaksanakan secara perseorangan malah ia menjadi platform untuk berganding bahu bagi mengemukan kejayaan lebih besar. Agenda-agenda yang disusun akan terus dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Bersatu kita teguh, bekerjasama kita maju. Semoga Allah membantu kita bagi memudahkan urusan-urusan mulia memajukan pendidikan negara ini melalui saluran ini.
Antara aktiviti yang akan dijalankan untuk program akan datang ialah Bengkel penyediaan bahan PnP berasakan  media dan internet serta program membaik pulih komputer. Ia akan dijalakan secara ilmiah bersama pakar-pakar yang terdiri daripada Juruteknik komputer kolompok PKG Chenor dan sebagainya. Semoga ia menjadi kenyataan dalam beberapa masa terdekat ini.

Post a Comment

0 Comments