MESYUARAT GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA BIL.2/2017 | PEMANGKIN AKTIVITI YANG LEBIH CEMERLANG DI PENTAS ILMU

Mesyuarat ini dijalankan di Bilik Tayang SMK Tengku Ampuan Afzan Chenor. Pelbagai agenda dicapai dan akan dilaksanakan pada tahun 2018. Mesyuarat pertama tahun 2018 akan memperincikan tugasan serta menubuhkan jawatankerja. Semoga dengan cara ini ia memberi impak  yang baik kepada agenda 2018 yang sedang disusun ini.

Ketekunan ahli mesyuarat melambangkan komitmen mereka dalam menjaya setiap aktiviti yang dijalankan. Keakraban itu akan wujud seperti sebuah keluarga yang penyayang. Agenda yang disusun pula sudah semestinya dapat memacukan PKG dan Team GPM ke arah kecemerlangan yang dicari.

Selepas mengadakan mesyuarat di SMK Tengku Ampuan Afzan Chenor, semua GPM mengadakan lawatan kerja dan berkongsi idea di PSS Kolej Vokasional Pertanian Chenor. Ia terletak bersebelahan sekolah ini sahaja. Lawatan ini bagi memberi ruang kepada rangkaian PSS kelompok ini menimba pengalaman dan cara mengendalikan PSS masing-masing. Perkongsian ini juga membolehkan mereka menadaptasikan di PSS masing-masing.

PSS KV Pertanian Chenor ini menggunakan Sistem Automasi S-Lib dan digunakan secara lebih berkesan dan menarik. Ia memudahkan urusan meminjam dan memulangkan buku.

Sempat mengadakan sesi bergambar sebagai kenangan di PSS ini dan semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua yang hadir.

Terima kasih diucapkan kepada semua warga kolej yang sudi menerima lawatan kerja kami dan berkongsi keistimewaan atau kelebihan yang ada di PSS.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan..



Post a Comment

0 Comments