HARI KEEMPAT/AKHIR KEJOHANAN CATUR MSSP 2018

5 JULAI 2018 - Debaran semakin terasa diteruskan dengan pusingan ke-7 iaitu pusingan yang terakhir. Wajah-wajah peserta semakin memuncak dengan semangat dan perjuangan untuk menamatkan kejohanan di kedudukan yang terbaik.

Antara wajah peserta kejohanan.

Sebelum pusingan ke 7 bermula, satu sesi bergambar diadakan bagi semua Arbiter dan urusetia kejohanan bagi merakam kenangan terindah di bumi Maran yang menjadi tuan rumah kejohanan kali ini.

Barisan Arbiter dan Urusetia Kejohanan Catur MSSP 2018.

Apabila kejohanan bermula, PKG Daerah Maran meneruskan tayangan Live Broadcast secara langsung di perkarangan pintu masuk dewan bagi paparan mereka yang berada di luarr dewan bagi menyaksikan kehebatan pergerakan-pergerakan peserta dalam permainan catur. Tayangan ini mendapat sambutan ramai yang menyaksikan layar.




Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Catur MSSP 2018 dijangka berlangsung pada jam 11.00 pagi. Akan disempurnakan oleh Dato Sri Dr Hj Ismail Bin Hj Abdul Muttalib, SSAP., DASP., DIMP., SAP., AAP., JMN., AMP., PKC.,selaku Penasihat Persatuan Catur Negeri Pahang.

Post a Comment

0 Comments