LAWATAN MESRA KETUA UNIT PENGURUSAN SEKOLAH PPD MARAN KE BILIK MEDIA KEJOHANAN CATUR MSSP 2018




4 JULAI 2018  12.30PM - Bilik Media di bawah pengurusan PKG Daerah Maran bertuah hari ini kerana menerima kunjungan mesra En Mohamed Bakri Bin Abdul Malek,Ketua Unit Pengurusan Sekolah (Menengah) PPD Maran , ditemani En Shaharudin Bin Mohd Ali Hanafiah, Pegawai Pengurusan Kualiti PPD Maran.
Turut bersama adalah En Mazlan Bin Che Kob, Ketua PKG Chenor merangkap Ketua PKG Daerah Maran di bilik Media.
En Shaharuddin berbual mesra perjalananan Unit Media bersama En Mohd Rafie Ismail, Ketua PKG Bandar Maran selaku Pengerusi Jawatankuasa Rakaman, Dokumentasi dan Blogspot Kejohanan Catur MSSP 2018.

Beliau amat memuji jawatankuasa media yang bekerjasama dengan baik dalam menjayakan kejohanan besar seperti ini bagi penyediaan rakaman, dokumentasi dan blogspot. Beliau juga berharap, kerjasama ini dapat diteruskan bersama PPD Maran dalam menjayakan apa jua program dan aktiviti sama ada di peringkat daerah mahupun negeri.

En Mohamed Bakri turut melihat perjalanan kejohanan diiringi Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan (Catur) Sekolah Rendah Maran, En Muhamad Harris Imran Bin Jamaludin.




Melihat perjalanan kejohanan.
En Mohamed Bakri bersama Kontinjen Catur Maran

Post a Comment

0 Comments