HARI KETIGA KEJOHANAN CATUR MSSP 2018

4 JULAI 2018 - Kejohanan diteruskan seperti biasa mengikut format ditetapkan melibatkan semua peserta untuk pusingan ke 4 pagi ini. Wajah peserta dilihat agak kepenatan mungkin faktor tekanan untuk meraih kedudukan terbaik bagi daerah yang diwakili.


Salah seorang peserta dari Daerah Maran.


Di luar dewan pula dapat kita lihat, semangat-semangat pasukan bertanding menanti penuh debar akan keputusan-keputusan terkini peserta mereka.Dengan beralas tikar dan kertas sahaja, barisan pengurus, jurulatih dan guru-guru pengiring secara santai sahaja sambil memberikan kata semangat, panduan dan teknik dalam menewaskan lawan.



Dalam pada semangat dan kemeriahan di luar, kami PKG daerah Maran telah mengusahakan membawa siaran Live Broadcast peserta-peserta catur dari dalam dewan untuk tontonan mereka berada di luar dewan. Secara tidak langsung. pasukan dan peserta dapat melihat pergerakan peserta dalam bermain catur dan mempelajari teknik-teknik terbaik.

En Mohd Rafie bersama Pengerusi Teknik Catur Negeri melihat perjalanan live broadcast di luar dewan.



Kejohanan hari ketiga tamat kira-kira jam 4.45 petang. Satu sesi taklimat bagi semua Arbiter kejohanan diadakan di dalam dewan disampaikan oleh Ketua Arbiter.


Post a Comment

0 Comments