PAMERAN DAN JUALAN BARANGAN CATUR SEMPENA KEJOHANAN CATUR MSSP 2018




Dua kaunter pameran dan jualan diadakan di perkarangan pintu masuk dewan kejohanan selama 3 hari bermula semalam. Antara barangan yang dijual adalah buku-buku teknik dan peraturan permainan catur, keychain buah catur, papan catur berkualiti, beg, jersi dan sebagainya.

Turut diadakan klinik ringkas dan demonstari permainan catur oleh pakar catur di mana peserta dan orang luar dapat mengenal apa itu permainan catur sebenar, teknik dan peraturan.

Harga yang dijual adalah sangat berpatutan dan sesuai terutamanya buku teknik dan peraturna catur untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia catur dan mengasah lagi bakat mereka.

Post a Comment

0 Comments